Pages

Monday 18 July 2011

Khusyukkah Solat Kita ?



Bertahun-bertahun kita menjalankan ibadat solat, tetapi tidak ramai diantara kita
yang benar-benar dapat mencapai tahap solat yang khusyuk, yang dapat membawa
kita kepada indah dan lazatnya bersolat. Dari itu tulisan ini diharapkan dapat memberi
kita sedikit-sebanyak panduan ke arah menjadikan sembahyang kita lebih khusyuk
dari yang sedia ada.

“ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” -Al Baqarah : 45 
                                                                                     
“ Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang beriman, iaitu orang-orang yang
khusyuk dalam solatnya.”  - Al Mukminum : 1-2

Maksud Khusyuk
Khusyuk ialah menundukkan pandangan dan merendahkan perasaan kerana takut
kepada Allah, dalam keadaan yang tenteram, tenang dan penuh rasa tawadhuk
Tempat khusyuk terletak didalam hati yang bersih dan ikhlas, dan memberi kesan
kepada terhadap jasmani. Sebab anggota tubuh akan mengikut arahan dari hati.

Gangguan khusyuk datang dari bisikan-bisikan yang melalaikan oleh syaitan didalam
hati manusia. Hati yang tidak bersih sukar melawan bisikan-bisikan syaitan.

Kata sahabat Rasulullah, Hudzaifah :
“ Yang pertama kamu hilangkan dari agama mu ialah khusyuk. Dan yang terakhir kamu
hilangkan dari agamamu ialah solat. Dan celakalah bagi orang yang solat sedangkan
didalam dirinya tidak ada kebaikan sama sekali…”

Dari dalil surah Al Baqarah : 45 dan surah Al Mukmin : 1-2, menurut Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyyah bahawa ayat di atas menunjukkan ancaman terhadap orang-orang
yang tidak khusyuk. Ancaman terjadi kepada orang yang meninggalkan suatu kewajipan.
Jika orang yang tidak kyusuk diancam, ini bermaksud khusyuk dalam solat adalah wajib.

Diantara persiapan serta panduan untuk mendapatkan solat yang khusyuk :

  1. Memahami ayat-ayat dan zikir-zikir yang akan dibaca dalam solat.
  2. Membersihkan hati, seperti banyak berzikir dan istighafar.
  3. Membersihkan diri, suci dari hadas besar, tiada bau badan dan mulut.
  4. Bersegera pergi ke masjid, apabila masuknya waktu.
  5. Elakkan solat dalam keadaan perut yang terlalu kenyang.
  6. Elakkan solat dalam keadaan mengantuk
  7. Elakkan solat dalam keadaan menahan dari buang air.
  8. Elakkan solat berhadapan perkara  yang  dapat mengganggu tumpuan.
  9. Bersikap tenang dalam solat, yakni tidak cepat-cepat.
  10. Memohon perlindungan Allah dari godaan syaitan.
  11. Menginsafi diri  bahawa kita adalah hamba yang hina.
  12. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dada.
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak memejamkan mata
  14. Memotong bacaan ayat demi ayat, supaya dapat dihayati
  15. Membaca secara tertib dan merendahkan suara
  16. Bersungguh-sungguh ketika berdoa ( bacaan yang bersifat doa )       
 zam : prisma consultant

No comments:

Post a Comment