Pages

Monday 18 July 2011

Hanya Dengan Satu Fakta Prof Tagatat Masuk Islam

Wujudnya Rangsangan Sakit Di Bawah Lapisan Kulit
Pada masa dahulu, manusia beranggapan bahawa rasa sakit cuma dirasai di otak. Tetapi, anggapan ini ditolak dengan penemuan sains moden yang menyatakan bahawa sebenarnya rangsangan sakit bawah lapisan kulit (pain receptors), menyebabkan manusia berasa sakit.
Sebagai contoh, seorang yang terkena api akan mengalami 2 jenis kebakaran. Kebakaran yang hanya berlaku di bahagian atas kulit tidak akan memberikan rangsangan sakit. Tetapi kebakaran jenis kedua iaitu kebakaran dalaman yang berlaku di bawah lapisan kulit yang akan memberikan rangsangan sakit.


 “ Sesungguhnya orang-orang yang kaflr kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami
   masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit
   mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya
   Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. “ - Surah An-Nisaa : 56

Dalam ayat di atas, Allah telah menerangkan tentang kewujudan rangsangan sakit.
Prof. Tagatat Tejasen, dari Universiti Chiang Mai,Thailand, seorang pakar tentang
rangsangan sakit, amat tertarik dengan ayat Al-Quran tersebut. Beliau terus memeluk Islam.
hanya kerana satu fakta sahaja.Namun masih ada yang tidak menerima kebenaran walaupun
dihidangkan dengan 1000 fakta tanda kebenaran.

“ Mereka itu tuli, bisu dan buta maka tidaklah mereka akan kembali ke jalan yang benar ”
 - Al Baqarah : 18     

zam : prisma consultant
 

Rupa Kita Seperti ‘Alaq’ ( lintah )

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.
  Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah.” - Surah Al-'Alaq : 1-2

Perkataan `alaq' di samping bermakna seketul darah, ia juga bermaksud sesuatu
yang bersifat seperti lintah,cara makannya dan kedudukannya yang bergantung.
Profesor Keith Moore, pada permulaanya tidak mengetahui sama ada janin (embrio)
mempunyai sifat seperti lintah.

Selepas membuat kajian dengan terperinci dengan menggunakan mikroskop yang
kuat, beliau terkejut apabila mendapati bahawa 'alaq’ benar-benar menyerupai seekor
 lintah! Oleh itu, dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bidang ini.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab Saudi,
Dr. Keith Moore menegaskan bahawa ayat Al-Quran tentang embriologi pastinya
datang daripada Allah kepada Nabi Muhammad (S.A.W.). Ini kerana, manusia pada
zaman itu tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan ini jelas menunjukkan bahawa
Nabi Muhammad (S.A.W.) pastinya seorang Rasul-Allah    

zam : prisma consultant

Rujukan daripada pita video "This is the Truth"

Khusyukkah Solat Kita ?



Bertahun-bertahun kita menjalankan ibadat solat, tetapi tidak ramai diantara kita
yang benar-benar dapat mencapai tahap solat yang khusyuk, yang dapat membawa
kita kepada indah dan lazatnya bersolat. Dari itu tulisan ini diharapkan dapat memberi
kita sedikit-sebanyak panduan ke arah menjadikan sembahyang kita lebih khusyuk
dari yang sedia ada.

“ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” -Al Baqarah : 45 
                                                                                     
“ Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang beriman, iaitu orang-orang yang
khusyuk dalam solatnya.”  - Al Mukminum : 1-2

Maksud Khusyuk
Khusyuk ialah menundukkan pandangan dan merendahkan perasaan kerana takut
kepada Allah, dalam keadaan yang tenteram, tenang dan penuh rasa tawadhuk
Tempat khusyuk terletak didalam hati yang bersih dan ikhlas, dan memberi kesan
kepada terhadap jasmani. Sebab anggota tubuh akan mengikut arahan dari hati.

Gangguan khusyuk datang dari bisikan-bisikan yang melalaikan oleh syaitan didalam
hati manusia. Hati yang tidak bersih sukar melawan bisikan-bisikan syaitan.

Kata sahabat Rasulullah, Hudzaifah :
“ Yang pertama kamu hilangkan dari agama mu ialah khusyuk. Dan yang terakhir kamu
hilangkan dari agamamu ialah solat. Dan celakalah bagi orang yang solat sedangkan
didalam dirinya tidak ada kebaikan sama sekali…”

Dari dalil surah Al Baqarah : 45 dan surah Al Mukmin : 1-2, menurut Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyyah bahawa ayat di atas menunjukkan ancaman terhadap orang-orang
yang tidak khusyuk. Ancaman terjadi kepada orang yang meninggalkan suatu kewajipan.
Jika orang yang tidak kyusuk diancam, ini bermaksud khusyuk dalam solat adalah wajib.

Diantara persiapan serta panduan untuk mendapatkan solat yang khusyuk :

  1. Memahami ayat-ayat dan zikir-zikir yang akan dibaca dalam solat.
  2. Membersihkan hati, seperti banyak berzikir dan istighafar.
  3. Membersihkan diri, suci dari hadas besar, tiada bau badan dan mulut.
  4. Bersegera pergi ke masjid, apabila masuknya waktu.
  5. Elakkan solat dalam keadaan perut yang terlalu kenyang.
  6. Elakkan solat dalam keadaan mengantuk
  7. Elakkan solat dalam keadaan menahan dari buang air.
  8. Elakkan solat berhadapan perkara  yang  dapat mengganggu tumpuan.
  9. Bersikap tenang dalam solat, yakni tidak cepat-cepat.
  10. Memohon perlindungan Allah dari godaan syaitan.
  11. Menginsafi diri  bahawa kita adalah hamba yang hina.
  12. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dada.
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak memejamkan mata
  14. Memotong bacaan ayat demi ayat, supaya dapat dihayati
  15. Membaca secara tertib dan merendahkan suara
  16. Bersungguh-sungguh ketika berdoa ( bacaan yang bersifat doa )       
 zam : prisma consultant

Cukup Tabahkah Kita ?

Ketabahan merupakan syarat utama yang perlu ada untuk apa jua kejayaan. Contoh
yang mudah, jika kita menyaksikan pertandingan bolasepak, berapa kalikah serangan
perlu dirancang dan digerakkan bagi memperolehi hanya beberapa jaringan gol, mungkin
berpuluh kali malah mungkin mencecah ratusan kali sepanjang 90 minit tempoh permainan.

Mari kita lihat kejayaan KFC, syarikat menjual ayam goreng terkenal diseluruh dunia.
Walaupun KFC mendapat persepsi nagetif dikalangan umat Islam atas sumbangannya
kepada rejim Israel, namun apa yang mahu dipelajari dari pengasasnya Kolonel Sanders
ialah nilai ketabahan yang beliau miliki dalam usaha membangunkan perniagaan ayam
goreng sehingga terkenal diseluruh dunia.

Beliau hanyalah seorang pesara tentera tanpa modal yang besar. Apa yang ada padanya
hanyalah resipi ayam goreng dan sebuah kereta lama. Beliau berkunjung dari sebuah kedai
ke sebuah kedai untuk menjual resipi ayam goreng ciptaannya. Setelah berpuluh kedai
dikunjungi, malah beratus kedai malangnya jawapannya menghampakan kerana tidak ada
satupun yang berminat. Namun beliau tidak berputus asa, bayangkan kalau kita ditempatnya
mampukah kita bertahan?

Beliau tetap meneruskan usahanya dengan tabahnya mengunjungi dari satu ke satu kedai
hinggalah ke kedai yang ke 1009. Dari 1009 kali percubaan, 1008 bekata ‘tidak’ hanya 1 yang
berkata ‘ya’. Dari yang 1 inilah maka berkembangnya perniagaan KFC keseluruh dunia.

Kita sering mendengar orang mengeluh bahawa dia sudah mencuba sedaya upaya, namun
tetap gagal. Apakah tahap cubaan yang dilakukan itu benar-banar sudah mencukupi ?

zam : prisma consultant

Kenapa Kisah Lebah Dan Semut Ada Dalam Quran ?

Perihal Kehidupan Lebah

Lebah dan semut adalah diantara dua ekor serangga yang tercatat kisahnya didalam Al Quran. Pasti ada mesej istimewa yang ingin diutarakan kepada hambaNya dari Allah Yang Maha Mencipta.
“ Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)….” - Surah An-Nahl : 68-69
Von-Frish menerima hadiah 'Noble" pada tahun 1973, kerana kajian beliau yang mendalam tentang lebah. Hasil daripada kajian itu mendapati lebah dapat berkomunikasi dan dapat memberitahu dengan tepat kepada lebah-lebah yang lain jika ia terjumpa bunga atau kebun baru. Cara lebah ini memberitahu lebah-lebah lain ialah melalui gerakannya ; 'Bee Dance' .
Lebah pekerja atau askar lebah terdiri daripada lebah betina. Ini dapat dibuktikan dalam ayat al-Quran di atas (Surah An-Nahl:68-69). Ini kerana dalam ayat tersebut perkataan ‘fasluki’ dan ‘kuli’ (kedua-dua perkataan ini menggunakan kata ganti nama bagi perempuan). Sedangkan pada zaman dahulu manusia beranggapan bahawa lebah yang bekerja (mencari madu dan lain-lain) adalah lebah jantan.
Perihal Kehidupan Semut
 “ Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib. (dalam barisan) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut : “ Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.“  - Surah An-Naml : 17-18
Jika dahulu, mereka yang membaca ayat ini akan mengatakan bahawa Al-Quran adalah sebuah cerita dongeng kerana ia menceritakan perihal semut bercakap. Namun sains moden membuktikan bahawa corak kehidupan semut menyamai . Corak kehidupan manusia dalam aspek-aspek tertentu seperti di bawah :
1.   Semut akan menanam semut lain yang mati, dan ini menyamai manusia.  
2.   Mereka mengamalkan sistem yang sama seperti manusia dimana terdapat
      pekerja dan ketua.
3.   Mereka bercakap pada waktu-waktu tertentu.
4.   Mereka menggunakan sistem yang canggih untuk berkomunikasi.
5.   Mereka menukar barang-barang mereka dalam pasar harian.
6.   Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk.

zam : prisma consultant