Pages

Monday 18 July 2011

Cukup Tabahkah Kita ?

Ketabahan merupakan syarat utama yang perlu ada untuk apa jua kejayaan. Contoh
yang mudah, jika kita menyaksikan pertandingan bolasepak, berapa kalikah serangan
perlu dirancang dan digerakkan bagi memperolehi hanya beberapa jaringan gol, mungkin
berpuluh kali malah mungkin mencecah ratusan kali sepanjang 90 minit tempoh permainan.

Mari kita lihat kejayaan KFC, syarikat menjual ayam goreng terkenal diseluruh dunia.
Walaupun KFC mendapat persepsi nagetif dikalangan umat Islam atas sumbangannya
kepada rejim Israel, namun apa yang mahu dipelajari dari pengasasnya Kolonel Sanders
ialah nilai ketabahan yang beliau miliki dalam usaha membangunkan perniagaan ayam
goreng sehingga terkenal diseluruh dunia.

Beliau hanyalah seorang pesara tentera tanpa modal yang besar. Apa yang ada padanya
hanyalah resipi ayam goreng dan sebuah kereta lama. Beliau berkunjung dari sebuah kedai
ke sebuah kedai untuk menjual resipi ayam goreng ciptaannya. Setelah berpuluh kedai
dikunjungi, malah beratus kedai malangnya jawapannya menghampakan kerana tidak ada
satupun yang berminat. Namun beliau tidak berputus asa, bayangkan kalau kita ditempatnya
mampukah kita bertahan?

Beliau tetap meneruskan usahanya dengan tabahnya mengunjungi dari satu ke satu kedai
hinggalah ke kedai yang ke 1009. Dari 1009 kali percubaan, 1008 bekata ‘tidak’ hanya 1 yang
berkata ‘ya’. Dari yang 1 inilah maka berkembangnya perniagaan KFC keseluruh dunia.

Kita sering mendengar orang mengeluh bahawa dia sudah mencuba sedaya upaya, namun
tetap gagal. Apakah tahap cubaan yang dilakukan itu benar-banar sudah mencukupi ?

zam : prisma consultant

No comments:

Post a Comment